Monday, May 15, 2017

TIPS MEMILIH PAKAIAN BAYI BARU LAHIR

Adakah anda akan menimang cahaya mata tidak berapa lagi? Kalau ya, pastinya anda teruja menantikan kehadiran si comel, dan tentunya sedang membuat persiapan untuk menyambut kelahirannya. 

Berikut adalah tip-tips yang ingin saya kongsikan ketika memilih baju si kecil :

1. Pilih baju yang diperbuat dari kain kapas ( cotton ), ini kerana kain ini lembut, menyerap peluh, nipis dan selesa untuk bayi... sesuai dengan iklim khatulistiwa di Malaysia. Kain cotton juga tahan lasak dan senang dicuci. 

2. Pilihlah potongan seperti romper ( bodysuit) atau jumper kerana ia mempunyai bukaan di bahagian bawah yang memudahkan penukaran lampin dan tidak mengekang pergerakan bayi. Ibu - ibu juga tak perlu membasuh banyak baju, kerana ia berbentuk "one suit". 

3. Pastikan baju bayi tidak banyak hiasan seperti manik, butang atau tali tali yang terbujur. Ini bagi mengelakkan bayi tercekik butang atau terikat dengan tali pada baju. 

4. Beli sekurang- kurangnya 5-7 helai baju saiz newborn (saiz 12) , walaupun mereka akan membesar dengan cepat, anda masih perlukan banyak baju pada minggu- minggu pertama, kerana bayi kerap muak, muntah dan membuang air. Tetapi jika bayi dijangka bersaiz besar, 3.5-4 kg misalnya, pilihlah saiz 14, atau saiz 3 bulan ke atas. 

5. Sesetengah ibubapa memilih penggunaan barut/ bedung  kerana berpendapat bayi kecil sukakan perasaan dikendong dan menjadikan tidur lebih nyenyak. Namun jika kelihatan bayi tidak selesa ketika cuaca panas atau ketika demam, tanggalkan barut dan bedung tersebut. 

6. Digalakkan membasuh terlebih dahulu pakaian baru atau pakaian yang pernah diguna oleh anak terdahulu sebelum memakaikannya pada bayi. 

7. Jika ingin membeli sarung tangan dan sarung kaki, pastikan "cuff" sarung kaki dan tangan sesuai dengan bayi - tidak terlalu longgar hingga mudah tanggal dan tidak terlalu ketat hingga meninggalkan bekas pada tangan/kaki si kecil.

Semoga anda mendapat sedikit panduan membuat pilihan dalam membeli pakaian si kecil. InsyAllah, nanti saya akan kongsikan pula tips pemilihan pakaian utk bayi pramatang pula.

IMTIHAN

Dengan nama Allah

yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jika kau memandang segalanya dari Allah
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakitnya hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusah-nyusahkan kehidupanmu…
Pasti akan damailah hatimu
Kerana Allah tidak bisa mentaqdirkan sesuatu dengan sia-sia

Bukan Allah tidak tahu akan derita hidupmu
Pecahnya hatimu…
Tapi itulah yang Dia mahu
Sekadar untuk menguji sedalam mana cinta dan pengorbananmu
Setinggi mana kesabaran dan keimananmu
Juga kerana Dia tahu
Hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak
Dan mudah akrab dengan-Nya

Wallahu’alam.


“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu jika aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.” (as-Saff:10-11)

KEPERLUAN BAYI PRAMATANG

Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup

Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan...


Pemakanan dan keperluan nutrisi yang lebih tinggi

Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.



Sumber: Kump. Sokongan Anak Pramatang Malaysia

PENJAGAAN BAYI PRAMATANG

Perhatian ekstra perlu diberikan kepada bayi-bayi dalam kategori ini. Suhu badan bayi hendaklah sentiasa berada di paras normal. Bayi juga lazimnya dirawat di dalam inkubator atau diletakkan di bawah pemanas radian. Begitu juga kandungan tahap gula dalam badan sentiasa dipantau untuk mengesan dan memberi rawatan awal sekiranya kandungan gula tinggi atau rendah.

Langkah jimat dan produktif untuk merangsang perkembangan bayi pramatang adalah dengan memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif. Cara ini boleh mengelakkan bayi daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Bersihkan tangan anda terlebih dahulu sebelum memegang bayi kerana metabolisme dan imunisasinya masih belum utuh menangkis sebarang jangkitan kuman atau penyakit.

Dalam kes tertentu, sekiranya bayi terdedah kepada sebarang komplikasi, mereka dinasihatkan mendapatkan rawatan fisioterapi, terapi cara kerja dan lain-lain terapi. Kerjasama kedua-dua ibubapa amat diperlukan bagi memastikan kesihatan bayi lebih baik dan membesar sihat seperti bayi normal.

Ramai pasangan ibu bapa baru kekok dalam menguruskan bayi baru lahir. Apatah lagi,badan, tangan dan kaki yang kecil serta kulit yang nipis perlu dipegang dengan penuh berhati-hati. Hal ini lebih membebankan bagi bayi baru lahir yang dilahirkan awal daripada tarikh jangkaan lahirnya. Bagi bayi yang lahir tidak cukup bulan tentu lebih sukar untuk menjaganya kerana keadaan anggota badannya lebih kecil dan pelbagai komplikasi yang mungkin berlaku pada bayi ini.

PERSEKITARAN
Kulit bayi pramatang sangat nipis dan tidak mampu menyimpan haba badan dengan baik. Jika suhu tidak stabil bayi mungkin mengalami masalah paru-paru yang lebih teruk. Pastikan suhu sentiasa 27 darjah celcius (suhu bilik) dan sekitarnya berkeadaan bersih.

Pakaikan baju lengan panjang, seluar panjang, sarung kaki dan topi untuk menutupi kepalanya kerana haba banyak hilang melalui kepala.

Jauhkannya daripada orang yang mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti batuk atau selesema.

Sumber: Kump. Sokongan Anak Pramatang Malaysia

BAYI PRAMATANG ADA DUA UMUR

Sebenarnya, bayi yang lahir secara pramatang mempunyai dua umur. ‘Umur kronologi’ adalah umur yang dikira bermula selepas dilahirkan. ‘Umur yang disesuaikan’ adalah umur bayi yang sebenarnya, dikira mengikut tarikh bayi itu sepatutnya dilahirkan.

Oleh itu para ibubapa harus memberitahu bahawa anak mereka lahir secara pramatang supaya doctor dan jururawat dapat mengira semula umur bayi menggunakan ‘umur yang disesuaikan’ dan bukan menggunakan ‘umur kronologi’ bagi menilai perkembangan fizikal dan mental bayi.

Jadi jangan bimbang jika bayi ini kelihatan ‘ketinggalan’ dari segi berat badan dan perkembangan mental mereka berbanding dengan bayi yang dilahirkan pada tarikh yang sama. Mereka mula ‘menyaingi’ rakan-rakan mereka apabila mereka mencapai umur dua atau tiga tahun. Pada ketika itu, perbezaan fizikal dan mental mereka, bukanlah disebabkan faktor kelahiran pramatang lagi. Ia boleh disebabkan pelbagai faktor seperti kesihatan dan genetik.

Jadi bagaimana mengira ‘umur yang disesuaikan’ ini?

Katakan umur kronologi sekarang ialah 26 minggu, dan bayi itu dilahirkan kurang 6 minggu dari tarikh sepatutnya. Tolakkan 26 minggu dengan 6 minggu bersamaan dengan 20 minggu. Jadi umur sebenar bayi itu ialah 20 minggu.

Bahagikan umur ini dengan 4, untuk umur dikira dalam kiraan bulan. 20 dibahagikan 4 bersamaan 5 bulan.

Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASALAH YANG SELALU DIHADAPI OLEH BAYI PRAMATANG

JANGKITAN

Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan


APNEA

Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.


JUANDIS (PENYAKIT KUNING)

Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.


ANEMIA (KURANG DARAH)

Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung. Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku. Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.


PATENT DUCTUS ARTERIOSUS (PDA)

Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.


MASALAH RETINA ( RETINOPATHY OF PREMATURITY )

Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.


Sumber: Kump. Sokongan Anak Pramatang Malaysia

Sunday, May 14, 2017

KELAHIRAN PEJUANG KECILKU YANG PERTAMA...

minggu ke-32 : pergi checkup KKIA as per scheduled. Result bp 167/100 & albumin in urin 4+. Nurse terus cuak & berlari dapatkan doktor. Then doktor terus panggil saya & suami tanya macam2... bila saya mengiayakan ada pernah sakit kepala, terus dia marah2 kami sebab tak cepat2 rujuk doktor. Sungguh kami speechless & clueless dgn apa yg berlaku... ketika itu saya rasa sihat je, cuma rasa pening2 sikit

Doktor terus call ambulan & jelaskan kpd kami yg saya perlu dibawa ke HKL warded serta merta. Kami ada minta supaya dirujuk ke hospital lain (menyedari betapa sesaknya HKL) tapi doktor bantah & beritahu utk kes saya ni emergency & hanya HKL yg boleh handle. Maka merasalah saya diusung masuk ke dlm ambulance yg meluncur laju menuju ke HKL, dgn kereta suami mengekori di belakang.

Setibanya di sana, saya diberi suntikan Dexa... utk matangkan paru2 baby katanya. Sejurus selepas itu, perut mula rasa tak selesa & beransur sakit yg amat sangat... hingga hampir jatuh dari wheelchair. Saya kemudian dimasukkan ke wad High Dependency Unit (HDU).

Saya masih ingat betapa kelam-kabutnya doktor2 & nurse2 yg ada di situ... sampaikan doktor yg cucuk tangan utk masukkan saline tersilap langkah hingga bercucuran darah di katil. Ketika itu saya masih menggelupur kesakitan hingga rasa sesak dada & sukar bernafas, serius ketika itu saya fikir dah menghampiri hujung nyawa... (bacaan bp ketika ini 200/150)

Bermacam suntikan dicucuk & bermacam wayar di sambung ke badan. Kesakitan yg dialami mula reda hanya apabila datang seorg nurse ajar saya kawal pernafasan. Rasa sakit tiba2 hilang, cuma badan rasa sangat tak bermaya...penat semacam. Ketika itu barulah terasa sakit jarum yg dicucuk di tangan & terasa bingit bunyi mesin gergasi di sebelah katil. Dan hanya selepas itu suami & ahli keluarga lain boleh masuk ziarah, seorang demi seorang shj.

Di ketika itu juga, doctor pakar slowtalk dgn suami, betapa bahayanya & kritikalnya kondisi saya & perlu keluarkan bayi segera. Perlu dibedah jika tiada apa2 kontraksi yg membolehkan kelahiran normal.

Di malam hari jam 11 saya ditolak masuk ke OT utk emergency ceasarian. Dari awal hingga selesai pembedahan, seluruh badan menggeletar.. Akhirnya jam 1.05 pagi lahir seorang mujahid comel yg menjengah dunia lebih awal dengan izin Allah Azzawajalla.

Sunday, April 30, 2017

KEHAMILAN YANG PERTAMA...

Due date?
🌼 19 September 2010

Morning sickness?
🌼 Yup ada... sampai nak masuk bulan ke 5 kot

Craving?
🌼 Tauhu bakar & otak-otak JB (my FIL sampai tapaukan dari JB bawak ke KL demi bakal cucu tersayang 😁). Selain itu, seafood & daging... dan masakan mak juga

Kilos gained?
🌼 Lebih kurang 13 kg

Most memorable event during the pregnancy?
🌼 just few days before doctor confirm pregnancy, saya demam teruk. Makan panadol & antibiotik yg doktor prescribed (time ni masih jahil bab rawatan alternative or natural remedy).. lepas tu tiba2 naik gegata seluruh badan sampai bengkak2 telinga & mata. Pergi semula ke klinik tersebut, doc diagnos alergi dgn antibiotik tersebut. Then baru teringat, dulu masa kecik2 tiapkali lepas makan antibiotik akan jadi gini.

🌼 sepanjang pregnant tak lalu langsung masakan ayam...aroma masakan ayam pun tak boleh apatah lagi menjamahnya, memang loya & muntah. Selalu mengelak lalu kfc or apa2 kedai berunsur masakan ayam.

🌼 minggu ke-27 : warded 2 hari di Hosp Batu Gajah, Perak (bersama Kuzaida Kazilan 😂). Masa tu tengah join Kursus Induksi for 2weeks... lagi seminggu nak selesai, tiba2 rasa sakit perut yg amat sangat.. doc kata preterm contraction (tak pernah tau apa rasanya contraction, hanya semasa nak lahirkan anak ketiga baru merasa.. bila compare balik, rasanya itu bukan normal contraction, rasa sakit yg lebih teruk dari tu). Mak, suami & ibu mertua datang sekereta meluncur laju ke Batu Gajah dtg ziarah & nak bawa balik, tapi saya nekad nak habiskan kursus tu lepas keluar wad.

🌼 tiapkali checkup di KKIA, blood pressure makin bertambah.. tapi memang tak risau apa pun sebab masih range normal

🌼 minggu ke-31 : sakit kepala berdenyut2 beberapa hari... tapi layankan aje sebab zaman sekolah dulu pun selalu kena migrain

Sunday, April 23, 2017

DILEMA IBU BEKERJA

Tuan puteri seorang ni, bangun pagi je akan tanya soalan yg sama setiap hari. Skrip yg sama sejak 2-3 bulan yg lepas.
"Mama cuti ke kerja?"

Kalau jawab "Mama cuti hari ni"
Maka akan senyum lebar la dia kegirangan sambil duk sebut2 "yay yay mama cuti"
"mama jangan kerja..." sambil tunjuk jari telunjuk tanda amaran 😅

Kalau jawab "Mama kerja la kakak"
Maka akan mendung suram la wajahnya.. dan drama air mata pun bermula...
"Mama tak boleh kerja.. mama kena cuti!"
"Baba je kerja, mama kena duduk rumah dgn kakak... kakak tak suka mama kerja! Huuwwaaa..!!!" meraung lah dia sekuat hati..
Raungannya masih jelas kedengaran hingga celah pintu lif yg tertutup...

Duhai anak...
Hati mama mana yg tak luluh..
Hati kering mana yg tak cair...

Saturday, April 22, 2017

UJIAN ITU TARBIAH DARI ALLAH

Kita diuji sesuai dgn kemampuan.
Allah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya.
Seringkali kita rasa tak mampu..
hakikatnya, tanpa kita sedari sebenarnya kita ada potensi itu yg mampu utk menempuh ujian itu.
Cuma potensi itu perlu digilap & kita perlu cari cara utk terokai & manfaatkan potensi itu.

Kita juga akan diuji tepat pada titik kelemahan..
Yg lemah mengurus masanya akan diuji dgn masa
Yg lemah mengurus kewangan akan diuji dgn kewangan
Yg lemah mengurus emosi akan diuji dgn emosi
Yg lemah mengurus hubungan manusia akan diuji dgn manusia
Etc... etc... etc...

Sehingga akhirnya kita berjaya mengatasi kelemahan itu & membangun potensi yg ada...
bangkit dari lena.. keluar dari kepompongnya
Agar kita menjadi manusiawi yg bisa memanfaatkan potensi itu.

Friday, March 3, 2017

KERJA SEKOLAH ADAM YANG PERTAMA

Hujung minggu yg lepas, pertama kali #AhmadAdam bawa balik kerja sekolah yg banyak:

Mama : Adam, cepat la siapkan kerja sekolah ni... sikit lagi ni

Adam : Alaaa... Adam tak nak siapkan. Teacher kata siapa siapkan kerja sekolah ni nanti dapat gula-gula. Adam tak nak gula-gula, gula-gula tak sihat...

Mama : ..... 😮

(ehehehe... wow! berkesan didikan #healthylifesyle , tapiii... kalau betul la cikgu sekolah bagi 'reward' yg macam ni, mama terpaksa la terlebih kreatif pula nak 'tune' balik... adehh...)

Wednesday, March 1, 2017

CARA LUANGKAN MASA BERKUALITI BERSAMA ANAK-ANAK

Barulah namanya QUALITY BONDING TIME!
.
Berikut adalah 16 CARA LAYAN ANAK SAMBIL BARING, KHAS UNTUK IBU BAPA YANG PENAT BEKERJA
.
.
1) MEMBUTANG BAJU
.
Bunyi macam membosankan.
Tapi cuba suruh anak duduk dan buat aktiviti button and unbutton baju.
Nescaya diorang boleh leka dengan aktiviti ni sampai subuh esok 😂
.
Lagi best, kalau baju kerja yang korang tengah pakai tu memang ada butang.
Haa suruh je la anak unbutton and button baju kerja korang berulang-ulang kali, sambil korang rileks atas sofa.
.
Selain dapat buat anak leka,
this activity actually meransang fine motor skill, hand-eye coordination, muscle control dan focus skill anak.
Tak percaya, CUBA!
.
.
2) MENAIP SURAT CINTA
.
Mana aci mak bapak je boleh bercinta kan?
Anak-anak pun boleh.
.
Buka microsoft word pada laptop atau desktop,
dan set font bersaiz besar.
Pastu, biarkan anak menaip surat cinta untuk neneknya di kampung. 😂
.
Dengan menggunakan keyboard,
biarkan anak-anak recognize huruf dan nombor yang ditekan.
Selain dapat belajar mengenal huruf dan nombor,
pergerakan tangan anak di atas keyboard juga boleh create nerves stimulation (ransangan saraf) dan membantu perkembangan kognitif yang baik.
.
AWAS : Jangan gunakan tab atau phone untuk aktiviti ini kerana touchscreen tidak memberikan ransangan yang sama!
.
AWAS LAGI : Pastikan ibu bapa berada di sebelah dan berinteraksi dengan anak ketika melakukan aktiviti ni. Takut kang anak tertulis surat cinta untuk boss korang dan terus tersend pulak. Naya! 😂 Nak selamat, pastikan komputer tak connected dengan internet.
.
.
3) LUKIS ATAS BELAKANG MAMA
.
Haikal suka panjat belakang saya bila saya baring atas katil atau sofa.
Supaya Haikal boleh duduk diam dan saya boleh baring dengan tenang,
saya akan suruh Haikal lukis di atas belakang saya menggunakan jarinya,
dan saya akan teka apa yang dilukis.
.
Aktiviti ni tak terhad kepada ABC 123 sahaja.
Boleh jugak suruh anak lukis objek simple macam heart shape, square, circle, tree, house, car, orang lidi, etc.
.
Mula-mula memang susah nak teka dan geli geleman sampai meremang bulu roma masa Haikal lukis.
Tapi bila dah biasa, okay je.
Haikal belum lukis, saya dah tahu jawapannya. 😂
.
.
4) TANGKAP-TANGKAP!
.
Ini pun antara favourite saya.
Mesti anak-anak korang ada mainan lembut (stuffed toys) masa baby dulu kan?
Gunakan mainan tersebut untuk aktiviti ni!
.
Sambil korang baring-baring kat sofa,
baling stuffed toys tersebut dan latih kemahiran anak untuk tangkap menggunakan tangan.
.
Gunakan stuffed toys yang besar dan ringan untuk permulaan,
supaya anak senang tangkap.
Lama-lama, slowly increase the difficulty level by using smaller stuffed toys,
dan baling ke different directions.
.
Aktiviti ni sangat membantu!
Bantu mak bapak baring atas sofa,
dan bantu anak cepat penat dan cepat tidur.😂
Plus, it helps a lot in stimulating your child's hand-eye coordination!
.
.
5) READING BOOKS
.
Aktiviti ni best untuk anak-anak yang suka buku.
Tapi jangan pulak kau pergi guna buku teks sekolah anak. 😑
.
Guna buku cerita kegemaran anak,
atau buku-buku yang banyak gambar dan kurang tulisan.
Dan bacakan untuk anak sambil rileks baring-baring.
.
Macam suami saya,
kalau dia dah start buka buku dan bacakan untuk Haikal,
sampai 2 jam pun diorang masih stuck dengan buku.
.
Saya?
Masuk bilik lain, dan berdengkur sehingga ke sorgaaa 😌
.
.
6) SAMBUNG-SAMBUNG CERITA
.
Kalau anak-anak tak suka buku, NO PROBLEM!
Cipta cerita sendiri. 😉
.
Korang boleh create satu situasi dan beberapa watak, contohnya--
.
"Pada suatu hari, ada seekor gajah yang tengah kelaparan. Sambil berjalan-jalan cari makanan, tetiba gajah berjumpa dengan seekor semut. Semut tu tengah angkat sehelai daun yang jauhhhh lebih besar dari badannya."
.
Lepas tu suruh anak sambung.
Dan yang paling penting--
jangan kacau atau argue storyline yang anak pilih.
Memang kengkadang jadi mengarut-ngarut, tapi layan je!
.
Kata nak rileks, kan?
.
You will be surprised on how the story ends.
Dan kadang-kadang boleh jadi sebuah story yang mind-blowing gila sampai tak tercapai dek akal 😂
.
.
7) TEKA HURUF DAN NOMBOR
.
Ok yang ni simple.
Sambil baring-baring atas sofa tu,
boleh main teka teki huruf dan nombor bersama anak.
.
Contoh--
Cuba Haikal cari kat sekeliling, apa benda yang mula dengan huruf J?
Jawapan: Jam, Jari, Jug, Jacket, Jet, Jamban 😝
.
Atau--
Cuba cari satu benda yang jumlahnya DUA?
Jawapan: Tangan, mata, kereta, lubang hidung. 🐽
.
Kalau kreatif, game ni memang takkan bosan sampai anak umur 28 tahun. Hahah!
.
.
8) DOCTOR PLAY
.
This is the best trick untuk korang sentiasa boleh terbaring.
Berlakon jadi orang tua, orang sakit, atau baby,
yang tak boleh bangun mahupun bergerak. 😂
.
Dan tugas anak adalah sebagai doktor yang sangat penyayang,
dan perlu merawat pesakitnya yang parah dengan macam-macam penyakit ittew.
.
.
9) GROOMING TREATMENT
.
Aktiviti ni sangat sesuai terutama untuk anak-anak perempuan.
Ibu bapa just baring atau rileks di atas sofa,
sementara anak tolong buat grooming.
Sikat rambut, polish kuku, sapu lotion, urut kepala, etc.
.
Uiiiii memang heaven sangat la sampai mak bapak boleh terlelap lalu tiba di dunia lain. 😂
.
.
10) MAIN MAK-MAK
.
This one is simple, tapi agak messy.
Kalau korang tak kisah rumah bersepah sekejap, demi kegembiraan anak-anak, then boleh cuba.
.
Build satu shelter menggunakan kusyen sofa, bantal dan selimut,
kemudian main la mak-mak kat situ.
Bring in some snacks and books, dan lepak la dalam tu sama-sama.
.
Less energy dan nampak remeh,
tapi ada high-impact on child's cognitive development!
.
.
11) BOARD GAMES
.
Kita semua tahu board game adalah aktiviti duduk setempat dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Just duduk je.
Atau baring pun boleh.
.
Antara contoh board game adalah--
Puzzle, Uno Card, Memory game, Dam Ular, Chess, etc.
.
.
12) PLAY-DOH
.
Ni kalau tahap tak tahu nak buat apa dah,
play-doh la jawabnya. 😂
.
But it works everytime!
Tapi jangan hari-hari asyik play-dohhhhh je pulak.
Saya tak pelik kalau satu hari nanti anak korang baling playdoh tu tepat ke muka korang. 😑
.
Kot ye pun penat, pastikan anak-anak masih ada kepelbagaian aktiviti.
Jangan asyik aktiviti yang samaaaa je.
.
Dan bila main play-doh,
jangan asyik buat karipapppp je.
Lepas karipap, karipap, lepas karipap, karipap.
Tak karipap, sosej.
Hmm pishang betul 😑
.
Cuba-cuba la jugak buat bentuk lain.
.
.
13) KOPEK KUACI ATAU KACANG
.
Kopek kacang ada impact yang sama macam aktiviti membutang baju tadi.
It helps in stimulating your child's fine motor skill, hand-eye coordination, muscle control dan focus skill.
.
Walaupun anak tak makan kacang atau kuaci, takpe.
Biar anak kopek banyak-banyak,
dan mak bapak makan sambil goyang kaki.
Amboi 😂
.
.
14) SHADOW PLAY
.
Aktiviti ni PALING MUDAH.
Masuk bilik tidur, tutup lampu, semua orang baring, nyalakan lampu suluh,
dan semua orang buat bentuk menggunakan tangan masing-masing.
Dan tengok shadows yang terbentuk di siling atau dinding.
Boleh juga combine aktiviti ni dengan aktiviti sambung-sambung cerita tadi (No.6)
.
Lepas penat main shadow, boleh buat pertandingan,
siapa tidur dulu, dia menang. 😴
.
.
15) OFF-ROAD TRACK!
.
Korang ada tshirt lama yang plain dan berwarna cerah?
Kalau ada, lepas balik kerja terus sarung tshirt tu,
kemudian meniarap atas sofa atau katil,
dan biarkan anak lukis "track" atau jalan raya di atas belakang anda menggunakan marker,
seterusnya biarkan anak main kereta hot wheels mereka di atas belakang anda.
.
Sementara itu, anda boleh berdengkur sampai subuh esok. 😂
.
Kalau anak belum pandai lukis, no problem!
Ibu bapa boleh lukiskan track tersebut.
Nak lebih menarik, tambah pokok-pokok, bangunan dan traffic light pada lukisan tersebut!
.
Mesti anak tak sabar-sabar menunggu kepulangan anda setiap hari,
untuk mempergunakan belakang anda. 😁
.
Kalau anak mahukan "off-road track" yang lebih mencabar,
boleh lukis track dibahagian depan baju, dan korang perlu berada dalam posisi baring.
Nescaya track akan jadi lebih mencabar, bergunung-ganang, bercerun bukit, dan berlekuk-lekuk. Bahah!
.
.
16) LOOKISSLAH DOODLE TEE
.
This is the best way, with the lowest energy requirement,
but has the highest impact on child's development.
.
#LookisslahDoodleTee boleh bantu anak-anak fokus dan duduk diam dalam tempoh yang lama,
dan dalam masa yang sama dapat meransang fine motor, hand-eye coordination, imaginations, cognitive, creative thinking, problem-solving skill.
.
Dan yang paling best,
dapat create MAGIC MOMENT antara ibu bapa dan anak,
serta connection antara adik-beradik.
.
Lookisslah Doodle Tee adalah tshirt premium cotton yang direka khas untuk dilukis, diwarnakan dan dipakai oleh anak-anak,
untuk boost up their self-esteem dan keyakinan diri,
terutama untuk anak-anak yang terlalu banyak fear atau ketakutan dalam diri.
.
A perfect activity bila ibu bapa kepenatan balik kerja,
dan untuk reduce tantrum atau keLASAKan anak-anak di kala ibu bapa perlukan ketenangan dalam rumah.
.
You will be amazed on how Lookisslah Doodle Tee can help in so many ways!


Sumber: FB LOOKISSLAH

Saturday, February 18, 2017

Amalan Bulanan - Menghapus Parasit Dan Cacing

Kita ini bumi kecil. Tubuh kita ini menjadi tempat pembiakan bakteria - yang baik, yg jahat dan segala parasit yg sombong bongkak serta berjuta lagi hidupan. Hidupan2 ini 85% membawa kebaikan dan 15% lagi membawa pelbagai masaalah. Namun, apabila yg jahat menguasai yg baik... akan muncullah pelbagai gejala yg tidak menyenangkan kpd tubuh ini.

Naturopathy melihat dan membaca tanda2 yg timbul dari masaalah dalaman. Orang yg sangat gemar menggigit kuku tanpa disedari adalah org2 yg tubuhnya dikuasai parasit. Tanda2 kulit tidak rata walhal bukan pun ada kesan parut jerawat juga mengarah kepada masaalah parasit. Cuba lihat jari jemari anda. Sekata atau tidak warnanya. Jika sekeliling kuku anda kulitnya lebih gelap itu salah satu petanda....atau di bawah mata ada "eye-bag"...kajilah semula corak pemakanan & cara hidup anda.

Alam telah menyediakan penawar untuk anda. Tak perlu berhabis ratusan ringgit utk nyah-parasit. Paling berkesan adalah tumbuhan/buahan yg banyak biji dan bijinya pahit. Biji betik, biji buah delima, biji cili & biji buah jarak adalah antara penawar terbaik utk nyah parasit.

Biji Betik

Tumbuk 1 sudu biji betik (kering atau basah) dan campurkan dgn minyak jarak (castor oil) dimakan 2x sehari sehingga 3 hari pada setiap bulan. Elok diamalkan pada antara 13 - 21 bulan Islam kerana ketika itu graviti bulan sgt2 kuat menarik parasit yg menghuni di dasar saluran usus atau kaviti serta lain2 penyakit, naik ke permukaan.

Biji Buah Delima

Amalkan memakan buah delima dengan biji-bijinya sekali. Walaupun bijinya terasa pahit, tetapi yg pahit itulah yang membuat parasit tidak selesa. Dikatakan bahawa rasa pahit sememangnya boleh membantu nyah cacing atau lain2 parasit.

Biji Jarak (Castor Seed)

Biji jarak dijadikan minyak yg sgt membantu banyak masaalah kesihatan. Minyak jarak (Castor Oil) memulihkan masaalah penghadaman sekaligus membunuh parasit. Minyak ini sangat likat...mmg sukar menelannya begitu sahaja. Cara yg paling mudah dan efektif utk mengambil minyak jarak adalah dengan cara mencampurkannya dalam jus oren segar. Ambil sebiji oren, perah jusnya dan masukkan 2 sudu minyak jarak. Minum serta merta.

Biji Cili

Jangan terkejut dgn kenyataan ini. Mmg biji cili ditakuti parasit. Kebiasaannya org yg tahan mkn pedas jarang diserang parasit. Namun biji2 cili ini perlu digigit utk mendapat "kuasa" letup cili kpd parasit.

Cubalah amalkan cara alamiah ini. Semoga kesihatan kita semua bertambah baik. Selamat mencuba.

Sumber: FB Dr Aya

Monday, January 23, 2017

NOVEL HIDUP

Jalan cerita hidup kita tak sama
Rezeki, jodoh, hatta ajal maut kita

Ada orang lurus jalannya... tanpa jerih payah mudah berjaya beroleh apa saja
Ada orang berliku-liku jalannya...tertangguh hasilnya bersyaratkan ikhtiar keringat sepenuh jiwa raga
Ada orang penuh ranjau onak berduri jalannya... walau bermacam ikhtiar sehabis kudrat diusahakan hasilnya tak kunjung tiba

Terima seadanya jalan cerita hidup kita
kerana itulah 'novel' hidup kita
yang telah ditertulis di Luh Mahfuz... Qada' & Qadar-NYA

Asalkan kita tahu
Dunia fana ini hanya sementara, persinggahan cuma
Setiap usaha itu ada nilaiannya
Setiap amal itu tanda syukur hakikat kita sebagai hamba
Setiap ganjaran rezeki itu adalah rahmat-NYA
jika bukan di 'sini' maka di 'sana'

Jalan cerita kita berbeza-beza
setiap plot yang menguji itu pasti ada hikmahnya
tarbiah langsung dari DIA
agar kita lebih bersedia mendepani plot-plot seterusnya
yang barangkali lebih menggugah jiwa
agar akhirnya kita layak dan sesuai sepadan
menemui penamat cerita yang manis & indah di sisi-NYA

'Novel hidup' kita tak serupa
setiap satunya istimewa
karya agung Pemilik jagat raya

#reformatdiri2017