Adakah anda akan menimang cahaya mata tidak berapa lagi? Kalau ya, pastinya anda teruja menantikan kehadiran si comel, dan tentunya sedang membuat persiapan untuk menyambut kelahirannya.
Berikut adalah tip-tips yang ingin saya kongsikan ketika memilih baju si kecil :
1. Pilih baju yang diperbuat dari kain kapas ( cotton ), ini kerana kain ini lembut, menyerap peluh, nipis dan selesa untuk bayi... sesuai dengan iklim khatulistiwa di Malaysia. Kain cotton juga tahan lasak dan senang dicuci.
2. Pilihlah potongan seperti romper ( bodysuit) atau jumper kerana ia mempunyai bukaan di bahagian bawah yang memudahkan penukaran lampin dan tidak mengekang pergerakan bayi. Ibu - ibu juga tak perlu membasuh banyak baju, kerana ia berbentuk "one suit".
3. Pastikan baju bayi tidak banyak hiasan seperti manik, butang atau tali tali yang terbujur. Ini bagi mengelakkan bayi tercekik butang atau terikat dengan tali pada baju.
4. Beli sekurang- kurangnya 5-7 helai baju saiz newborn (saiz 12) , walaupun mereka akan membesar dengan cepat, anda masih perlukan banyak baju pada minggu- minggu pertama, kerana bayi kerap muak, muntah dan membuang air. Tetapi jika bayi dijangka bersaiz besar, 3.5-4 kg misalnya, pilihlah saiz 14, atau saiz 3 bulan ke atas.
5. Sesetengah ibubapa memilih penggunaan barut/ bedung kerana berpendapat bayi kecil sukakan perasaan dikendong dan menjadikan tidur lebih nyenyak. Namun jika kelihatan bayi tidak selesa ketika cuaca panas atau ketika demam, tanggalkan barut dan bedung tersebut.
6. Digalakkan membasuh terlebih dahulu pakaian baru atau pakaian yang pernah diguna oleh anak terdahulu sebelum memakaikannya pada bayi.
7. Jika ingin membeli sarung tangan dan sarung kaki, pastikan "cuff" sarung kaki dan tangan sesuai dengan bayi - tidak terlalu longgar hingga mudah tanggal dan tidak terlalu ketat hingga meninggalkan bekas pada tangan/kaki si kecil.
Semoga anda mendapat sedikit panduan membuat pilihan dalam membeli pakaian si kecil. InsyAllah, nanti saya akan kongsikan pula tips pemilihan pakaian utk bayi pramatang pula.
